Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

Polis berjaya menahan semula seorang ‘kasanova’ selepas meloloskan diri dari Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada Oktober lalu.

P. Prabaharan, 45, ditahan pasukan polis dari Bukit Aman dan Dang Wangi kira-kira pukul 7.30 petang semalam di sebuah restoran di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Pada Oktober lalu, dia berjaya melarikan diri selepas menjalani sebutan kes peringkat akhir di Mahkamah Cameron Highlands.

Ketika dalam perjalanan ke penjara, anggota yang mengiring Orang Kena Tuduh (OKT) itu menerima panggilan dari seorang pegawai kanan polis meminta lelaki itu dibawa ke biliknya dengan alasan untuk soal siasat satu lagi kes ugutan.

Pegawai kanan wanita berpangkat Asisten Supritenden (ASP) itu telah ditahan kerana dipercayai telah membantu OKT itu melarikan diri.

Suspek yang mempunyai lebih 10 pertuduhan kes penipuan di sekitar negeri Pulau Pinang, Perak, Johor dan Kedah itu ditahan pada Januari tahun lepas kerana memperdaya wanita dengan menyamar sebagai ‘Datuk Seri’ dan doktor.

Tahniah PDRM!

0 comments:

Post a Comment