Selepas disahkan bercerai dengan suaminya, Ashton Kutcher pada November lalu, Demi Moore tidak menunggu lama mencari untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Kutcher.
Moore yang merupakan ibu anak tiga hasil perkahwinannya dengan Bruce Willis, kini dilihat rapat dengan seorang jejaka yang 25 tahun lebih muda daripadanya iaitu pemain dram kumpulan Dead Sara, Sean Friday.
Jika sebelum ini jarak hubungannya dengan Kutcher hanya 15 tahun, kali ini kekasih terbaharunya itu baru sahaja berusia 27 tahun!
Wow, memang taste Moore, 52, lebih kepada pucuk muda.
Dikatakan, mereka mula rapat selepas diperkenalkan oleh anak sulung Moore, Rumer, yang sering mengikuti konsert kumpulan muzik yang dianggotai Friday iaitu Dead Sara.
Terbaharu, pasangan ini baru sahaja menghabiskan masa bercuti bersama di perairan pantai di Mexico.
Sepanjang di sana, kedua-duanya dilihat cukup romantis dan Moore seakan dilamun cinta semula dan tidak serik walaupun hubungannya dengan Kutcher sebelum ini berakhir dengan kegagalan.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment