KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan beberapa media portal bahawa agensi itu sedang menyiasat pembelian kereta Mercedes-Benz oleh kerajaan Pulau Pinang untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
SPRM dalam satu kenyataan media memberitahu, sebarang kenyataan media rasmi SPRM hanya akan dikeluarkan melalui portal SPRM di alamat www.sprm.gov.my.
“Suruhanjaya ini ingin menegaskan bahawa SPRM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan media berhubung perkara ini kepada mana-mana pihak,” tegas kenyataan itu hari ini.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP diselar ramai pihak kerana menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L di sebalik bajet defisit kerajaan DAP Pulau Pinang buat tahun keempat berturut-turut.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut menyifatkan tindakan bermewah-mewah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai angkuh dan hipokrit kerana langsung tidak memikirkan sensitiviti rakyat.
0 comments:
Post a Comment