Gambar hiasan
Hanya kerana tindakan seorang pelajar perempuan meng’unfriend’ dirinya di laman Facebook, seorang lelaki tergamak menyimbah air panas ke muka gadis tersebut.
Lelaki tersebut dipercayai memecah masuk ke rumah gadis itu, kemudiannya dia mengurung gadis itu dan ibunya di sebuah bilik sebelum menyerang gadis malang itu dengan air panas ke mukanya.
Kejadian itu dilaporkan berlaku semalam di Muzaffarpur yang terletak di utara India.
Beberapa minggu sebelum kejadian, gadis itu dikatakan telah membuang lelaki tersebut daripada senarai rakan mayanya selepas si pelaku mula mengirimkan komen-komen yang pelik di laman Facebook mangsa.
Pihak polis kini sedang mempergiatkan usaha untuk memburu lelaki tersebut yang berjaya melarikan diri selepas insiden itu.
Gadis yang dipercayai berusia 14 tahun itu terus dikejarkan ke hospital dan kini masih lagi menerima rawatan akibat perbuatan bodoh lelaki tersebut.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment