Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,558 daripada 43,346 kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang tahun lalu melibatkan golongan kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah dan 9,228 kes lagi melibatkan individu berusia 11 hingga 20 tahun.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, sebanyak 12,160 kes melibatkan individu berusia 21 hingga 30 tahun, 8,291 kes berusia 31 hingga 40 tahun, 4,912 berusia 41 hingga 50 tahun dan 5,137 kes berusia 51 tahun ke atas.

“Analisis Kementerian Kesihatan juga mendapati majoriti iaitu 79 peratus kes demam denggi adalah daripada golongan produktif yang berusia 11 hingga 50 tahun dan aktif melakukan aktiviti luar,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Lokman Hakim seterusnya berkata, 60 peratus daripada kes yang dijangkiti demam denggi sepanjang tahun lalu merupakan lelaki dan 54 peratus daripadanya merupakan kaum Melayu, Cina (23 peratus), India (10 peratus) dan lain-lain bangsa (13 peratus).

Bagaimanapun, jelasnya, bilangan mereka yang mengalami wabak denggi itu selaras dengan taburan peratus populasi di Malaysia dengan bangsa Melayu merupakan yang tertinggi dikuti dengan bilangan bangsa lain.

Sehubungan itu, katanya, sempena tahun baharu 2014, Kementerian Kesihatan berharap kerjasama bersepadu antara agensi-agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dengan masyarakat setempat dapat diperkemas untuk membanteras wabak demam denggi.

Beliau turut meninggatkan jawatankuasa penduduk di beberapa negeri yang mengalami banjir pada Disember lalu supaya melaksanakan aktiviti gotong-royong dalam tempoh seminggu selepas banjir.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan takungan atau bekas yang menakung air tidak menjadi tempat pembiakan aedes.

“Bagi sesi persekolahan yang telah bermula, pihak pentadbiran sekolah diharap dapat memastikan keseluruhan kawasan sekolah bebas daripada pembiakan aedes. Pihak sekolah juga disarankan menggalakkan murid-murid melakukan “Cari dan musnahkan tempat pembiakan aedes”,” katanya.

Lokman Hakim turut menyeru masyarakat supaya melindungi mereka daripada gigitan nyamuk aedes dengan menggunakan repellen dan memakai baju berlengan panjang yang cerah terutama apabila berada di luar rumah khususnya di waktu awal pagi dan lewat senja.

0 comments:

Post a Comment