Gambar hiasan
GEORGETOWN: Seorang lelaki berusia 45 tahun maut selepas membunuh diri dengan meletupkan gas memasak di rumahnya di tingkat 16 Flat Taman Sri Impian, Bandar Baru Ayer Itam, di sini kira-kira jam 1 petang tadi.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumahnya dengan tubuh rentung dan mangsa membunuh diri dengan membuka gas sebelum menyalakan api menggunakan pemetik api.
Setakat ini, pasukan polis, unit forensik bomba dan penyelamat serta pegawai perubatan masih berada di lokasi untuk menjalankan siasatan.
Ahli keluarga mangsa mengatakan yang lelaki terbabit tinggal seorang diri di rumah dibelinya itu dan dia memang mempunyai masalah tekanan jiwa dan sudah berhenti kerja di sebuah kelab hampir dua tahun lalu.
Sumber: Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
0 comments:
Post a Comment