Dilancarkan pada Nokia World 2013 di Abu Dhabi, Julai lalu, kemas kini sistem Lumia Black merupakan gabungan kemas kini GDR3 dari Microsoft untuk OS Peranti Windows serta perubahan yang dilakukan oleh Nokia sendiri yang direka khas untuk variasi Peranti Windows 8 Lumia.
Sebelum ini, kemas kini terbaru ini hanya disediakan untuk Lumia 1520 dan Lumia 525 sejak dilancarkan di Nokia World. Bagaimanapun, pengguna Nokia Lumia 925 and Lumia 1020 di Malaysia kini mampu memuat turun kemas kini terbaru ini pada peranti mereka.
Untuk pengguna peranti siri Lumia Peranti Windows 8 lain, kemas kini yang sama masih belum menerima sebarang pengesahan. Pengesahan tersebut boleh dirujuk di laman web rasmi Nokia.
Sumber: Lowyat
0 comments:
Post a Comment