Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 21, 2014

No Comment
Kakitangan KFC menunjukkan hidangan baharu diperkenalkan restoran itu, semalam.

QSR Brand (M) Holdings Sdn Bhd (QSR), pengendali restoran KFC Malaysia memperuntukkan RM75 juta bagi membuka 25 cawangan restoran makanan segera itu tahun ini.

Timbalan Kanan Presiden QSR, Ling Mee Jiuan berkata, setiap cawangan memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta hingga RM3 juta untuk dibuka, bergantung kepada lokasi dan keluasan kedai.

“Kami telah mengenal pasti beberapa kawasan berpotensi besar untuk cawangan baharu ini khususnya di luar Lembah Klang dan luar bandar,” katanya selepas melancarkan hidangan Ayam Golden Wrap yang telah ditambah baik di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, jualan pandu lalu di KFC turut menyumbang jualan tinggi kepada rangkaian restoran itu.

KFC Malaysia kini mempunyai 579 cawangan di seluruh negara.

Mee Jiuan berkata, KFC Malaysia turut memperuntukkan RM4 juta bagi tujuan promosi sepanjang tahun ini dan menyasarkan untuk meningkatkan jualan 10 hingga 15 peratus sepanjang tempoh promosi hidangan terbaru itu selama dua bulan bermula semalam.

0 comments:

Post a Comment