FUJIAN – Cara mudah untuk mengakhiri pergaduhan. Ambil anak lalu terjun dari bangunan setinggi tujuh tingkat. Itu yang difikirkan oleh seorang lelaki, Huang Chiu hingga menyebabkan dia dan anak lelakinya yang berusia empat tahun meninggal dunia.
Kejadian berlaku selepas Huang Chiu dan isterinya, Shi Yu, 29, bertengkar mengenai siapa yang sepatutnya menjaga anak tunggal mereka itu, selepas budak itu sakit.
Shi Yu yang mempunyai kerjaya lebih baik daripada suaminya, tidak mampu memberikan perhatian yang lebih kepada budak tersebut kerana dia berada di tempat kerja.
Dia mahu suaminya, yang berpendapatan lebih rendah daripadanya dan bekerja di sebuah syarikat logistik mengambil alih menjaga anak mereka itu.
Selepas berminggu-minggu bergaduh kerana perkara itu, kedua-duanya juga gagal mencari penyelesaian.
Pada suatu hari, Huang Chiu memberitahu isterinya bahawa dia akan mengakhiri masalah itu selama-lamanya.
Huang Chiu kemudian merangkul anak mereka dan terjun dari bangunan.
Kedua-duanya gagal diselamatkan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
0 comments:
Post a Comment