Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 4, 2014

No Comment

LONDON – Permulaan tahun yang menggembirakan bagi Mariah Carey. Dia dikhabarkan dibayar sebanyak RM5.4 juta oleh anak Sultan Brunei, Putera Azim hanya untuk menyanyikan tiga buah lagu di sebuah majlis tertutup di sini.

Majlis berkenaan diadakan di Hotel Dorchester dan difahamkan telah menghiburkan Putera yang berusia 31 tahun itu dengan tiga lagu termasuk Always Be My Baby dan Auld Lang Syne.

Carey mengenali Putera Azim sejak beberapa tahun lalu.

Mail Online melaporkan penyanyi itu bersama dua anak dan suaminya telah diterbangkan dari Amerika Syarikat dengan jet khas dan ditempatkan di sebuah hotel mewah dengan bayaran kira-kira RM27,000 semalam.

Carey mengadakan persembahan itu bersama penyanyi veteran Diana Ross pada malam tahun baru itu dengan tetamu lain yang turut dijemput adalah Jerry Hall, aktress Sophia Loren dan Faye Dunaway.

Dalam pada itu, jurucakap Carey mengesahkan penyanyi tersebut membuat persembahan pada majlis berkenaan namun enggan mengesahkan jumlah bayarannya.

“Ia adalah majlis tertutup jadi kami tidak membincangkan soal bayaran. Mariah telah mengenali Putera Azim sejak beberapa tahun lalu,’’ katanya.

Minggu lalu, penyanyi itu dikatakan menerima bayaran hampir RM3.2 juta bagi mengadakan persembahan untuk Presiden Angola, Jose Eduardo Dos Santos.

Persembahan itu ditaja oleh Unitel, sebuah syarikat telefon yang dimiliki oleh anak Dos Santos iaitu Isabel.

0 comments:

Post a Comment