Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk pembunuhan seramai 17 orang yang ditembak mati dalam pertempuran antara penyokong Ikhwanul Muslimin dan polis Mesir kelmarin.

Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu perlu dibawa ke muka keadilan untuk menerima hukuman setimpal.

“Kami terkejut dengan keganasan tentera secara meluas yang menyebabkan kematian di Mesir pada hari Jumaat. Penunjuk perasaan mendakwa angka kematian sebenar jauh lebih tinggi.

“Pembunuhan ini bukti jelas rejim tentera di Mesir menghadapi tentangan rakyat sejak penyingkiran bekas Presiden Dr. Mohammad Morsi,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Azmi dalam pada itu melahirkan rasa marah terhadap sikap berdiam diri negara lain terhadap keganasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Mesir ke atas rakyat negara itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat antarabangsa terutama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak rejim tentera Mesir mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat negara berkenaan.

Media semalam melaporkan sekurang-kurangnya 17 orang mati ditembak, manakala 58 orang lagi mengalami kecederaan, dalam pertempuran antara penyokong Ikhwanul Muslimin dan polis di seluruh Mesir.

Pertempuran terbaharu itu meletus selepas penyokong pergerakan itu mula melancarkan tunjuk perasaan sejurus selesai solat Jumaat.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi mendesak kerajaan sementara Mesir mengembalikan kuasa kepada bekas Presiden Mohammed Mursi yang digulingkan tentera pada Julai lalu, selain membantah tindakan kerajaan menyenaraikan pergerakan berkenaan sebagai pertubuhan pengganas.

0 comments:

Post a Comment