PORT DICKSON – Sebuah portal berita pembangkang hari ini melaporkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib mengakui majoriti orang kampung tidak menyokong PAS meskipun ramai mereka berpegang kuat kepada ajaran Islam.
Malah, Mat Taib yang menyertai PAS pada tahun lalu sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Lajnah Penerangan dan Hubungan Media parti itu turut mengakui PAS mendapat tentangan yang kuat daripada penduduk di kawasan kampung.
Sehubungan itu, beliau meminta jentera penerangan PAS supaya bekerja kuat untuk menerangkan ajaran Islam sebenar kepada orang kampung.
“Jentera penerangan PAS mesti bekerja kuat, turun padang dengan pelbagai kaedah, mereka menentang PAS adalah kerana mesej Islam dan mesej kita tidak sampai kepada mereka,” katanya pada program ‘retreat’ PAS Melaka di sini semalam.
Media pada 22 April lalu melaporkan Muhammad yang khidmat selama empat dekad dalam UMNO menyertai Pas selepas beberapa tahun menyepikan diri dari arena politik sejak kalah bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan lalu.
Beliau pada waktu itu mendakwa tidak berhajat untuk jadi calon atau memegang sebarang jawatan dalam PAS sebaliknya cuma mahu memberi sokongan kepada parti berkenaan
0 comments:
Post a Comment