PEMBUAT kereta negara, Proton Holdings Bhd, optimis mencapai jualan yang lebih tinggi dengan pengenalan model dan variasi baharu di pasaran tahun ini.
Timbalan ketua pegawai eksekutif, Datuk Lukman Ibrahim berkata, Proton positif berikutan trend menggalakkan bagi jumlah volum industri (TIV) tahun lalu.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, TIV itu mencatatkan rekod ketinggian 655,793 unit pada 2013, naik 4.5 peratus, berbanding 627,753 unit pada 2012, mengatasi unjuran MAA iaitu 640,000 unit.
Lukman berkata, segmen B (kereta kecil global) Proton yang dijangka dilancarkan setengah pertama tahun ini, menjadi satu lagi faktor yang mendorong penjualan.
“Kami optimis tentang angka yang lebih baik tahun ini dengan pelancaran itu prestasi TIV yang positif, ekonomi yang sihat dan pelancaran model dan variasi baru,” katanya selepas pelancaran Satria Neo Standard 4AT dan Inspira Super Premium yang diadakan sempena karnival jualan tiga hari syarikat itu. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment