Kalau sebut nama artis ni pasti ada yang kenal tak kenal je kan.
Namun, jangan tak tahu, sebenarnya banyak jugak drama yang sudah dilakonkan oleh Nisha Dirr.
Cuma mungkin tuah belum menyebelahinya untuk terus melonjak naik namanya di persada seni tempatan.
Terbaharu, pelakon manis ini dikhabarkan bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, seorang ahli perniagaan, Edi Khaushairy Datuk AB Kadir, 34, pada keesokan hari.
Majlis pertunangan aktres berusia 30 tahun itu akan berlangsung di Pusat Konvesyen Sime Darby, Bukit Kiara dengan bertemakan rona hitam, putih dan kelabu.
Mengulas lanjut mengenai bakal tunangnya itu, Nisha berkata kepada Harian Metro, “Edi bukanlah orang dalam industri. Dia mengusahakan perniagaannya sendiri, sebab itu tiada yang mengenalinya. Jika kami keluar temu janji pun, pasti ada kawan yang ikut sekali. Lagipun, saya tak suka nak kecoh bimbang mendapat malu andai kata hubungan ini tidak ‘menjadi’”.
Nisha juga menyatakan dia tidak akan sesekali menyorokkan majlis perkahwinannya kelak kerana mahu berkongsi perkara gembira itu bersama-sama pihak media dan peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya dari dahulu sehingga kini.
Tahniah diucapkan buat Nisha dan bakal tunangnya!
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment