KUALA LUMPUR – Panel Penasihat Bebas kepada Menteri Pengangkutan akan mengemukakan laporan penilaian mengenai Kemalangan Bas Genting Highlands kepada kementerian itu pada Selasa ini.
Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata panel enam anggota itu telah menyiapkan laporan itu selepas mengadakan beberapa mesyuarat dan melakukan dua lawatan ke tempat kejadian.
“Semasa meyemak dan meneliti laporan berkenaan daripada Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dan pihak lain, panel telah mendapatkan penjelasan daripada ketua sepuluh agensi dan pihak yang terlibat dalam nahas bas itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Lee berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan yang memperincikan hasil dan cadangan panel itu, selepas mengemukakan laporan itu kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Dalam nahas di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lepas, sebanyak 37 orang terbunuh manakala 16 lagi cedera.
Ia adalah nahas jalan raya yang terburuk di negara ini. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment