KUALA TERENGGANU – Lawatan ke Antartika yang diketuai Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sebenarnya dikendalikan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan, di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar (Mosti).
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Rosli Zakaria berkata, lawatan itu tiada kaitan dengan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) sebagaimana yang dilaporkan media sebelum ini.
“Lawatan ini tiada kena mengena dengan YDSM dan ia dikendalikan melalui inisiatif Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar (Mosti).
“Kesilapan siaran media yang mengatakan lawatan itu dianjurkan YDSM sehingga menimbulkan salah faham adalah tidak disengajakan dan amat dikesali,” katanya.
Ahmad dijadualkan pulang ke Terengganu pada 2 Februari ini selepas menamatkan lawatan kerja selama 15 hari di sana.
Terdahulu, YDSM melalui kenyataan medianya menafikan menganjurkan lawatan Menteri Besar Terengganu ke Antartika.
Katanya, yayasan hanya menjalankan kerja amal bagi memberi sumbangan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi, kesejahteraan hidup dan pendidikan rakyat selain melakukan program penyelidikan sejarah, pembangunan seni warisan serta pemulihan alam sekitar negeri. - Sinar Harian Online
0 comments:
Post a Comment