LAMA sungguh rasanya tak mendengar khabar penyanyi Syazliana Abdul Karim, 27, yang pernah popular dengan lagu ‘Kau Indah’ kira-kira dua tahun lalu.
Rupa-rupanya, dia sudah pun selamat bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaannya, Muhammad Reza Jamalludin, 30, Jumaat lalu.
Memetik laporan Berita Harian, pasangan itu dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, di kediaman keluarga Syazliana, di Shah Alam pada jam 9.32 malam.
Lebih 250 tetamu dalam kalangan saudara-mara terdekat dan teman rapat hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan membalasnya dengan sembilan dulang, mas kahwin RM300 serta wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya.
Majlis resepsi Syazliana dan suaminya telah diraikan di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.
Apa pun, tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini dan kami yakin peminat Syazliana pasti teruja mendengar khabar gembira ini.
0 comments:
Post a Comment