Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 10, 2014

No Comment

JOHOR BAHRU – Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (Pati) berjaya ditahan dalam Ops Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor di dua lokasi berasingan sekitar Ulu Tiram, dekat sini, jam 5 petang kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Sapian Kamarudin berkata, 11 yang ditahan adalah lelaki, 17 perempuan termasuk dua kanak-kanak lelaki berumur dua hingga 64 tahun.

Menurutnya, 19 yang ditahan adalah warga Indonesia, masing-masing lima dari Myanmar dan India manakala seorang lagi dari Nepal.

“Lokasi serbuan pertama di gerai makan sekitar Jalan Duku Taman Tiram Baru manakala lokasi kedua di kilang papan berhampiran Jalan Ban Foo, Ulu Tiram.

“Semasa operasi dijalankan, ada di antara Pati cuba melarikan diri, malah ada yang menanggalkan apron yang dipakai bagi mengaburi mata anggota kami kononnya mereka bukan pekerja di gerai terbabit,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati Pati yang ditahan melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah selain salah guna pas lawatan sosial.

“Semasa serbuan, kebanyakan Pati sedang bekerja sebagai pembantu kedai makan manakala pekerja di kilang papan terbabit sedang leka menyusun dan memotong kayu,” katanya.

Dalam serbuan berasingan, Sapian memaklumkan, pihaknya turut menahan tiga lelaki warga Indonesia berumur 25 hingga 35 tahun selepas memeriksa sebuah bot nelayan di Kuala Sunga Pontian kira-kira jam 10 pagi semalam.

“Ketika serbuan, ada yang bertindak terjun dari bot untuk meloloskan diri bagaimanapun kesemua Pati berjaya ditahan. Hasil siasatan awal mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Semua Pati yang ditahan dihantar ke Depo Pekan Nenas untuk tindakan lanjut, manakala siasatan dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan Imigresen 1963. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment