Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pelakon Norliza Abdullah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang dikenali sebagai Zolkifli di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat di sini.

Norliza atau lebih dikenali sebagai Liza Abdullah, 52, hadir ditemani peguamnya bagi tujuan berkenaan dan memfailkan permohonan di kaunter mahkamah pada Rabu lalu.

mStar Online dimaklumkan Liza turut mengemukakan saman di mahkamah bagi membolehkan suaminya yang kini berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan pada 5 Februari depan.

Dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar pada 2012, Liza menepis khabar angin berhubung gosip kononnya dia sedang menghadapi masalah rumah tangga dan enggan berkongsi kisah peribadi dengan peminat.

Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Pelakon itu yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an.

Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment