Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 4, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Terdapat beberapa fakta yang salah dan tidak tepat berhubung laporan penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri dalam laporan blog.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya hari ini menegaskan, kerajaan sebelum ini memiliki lima buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Namun begitu, menurut kenyataan tersebut,tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh Sultan-sultan, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu kerajaan Persekutuan dari negara asing, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta orang-orang kenamaan.

” Beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Berdasarkan kenyataan tersebut, pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.

Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.

Menurut kenyataan itu, sejajar dengan perkara tersebut, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.

Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari – 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.

” Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin.

” Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara,” menurut kenyataan berkenaan. 

0 comments:

Post a Comment