PETALING JAYA – Seorang pekerja kontrak didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang wanita warga emas pada 13 Disember lepas.
Tan Chai Hing, 39, didakwa membunuh Yeong Loke Leong @ Chan Yoke Lan, 77, di di sebuah rumah di Jalan SS 22A/2, Damansara Jaya di sini, antara 11 pagi hingga 1 tengah hari.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Majistret KB Elena Hong Tze Lan.
Tiada pengakuan direkodkan.
Mahkamah menetapkan 20 Februari untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Suraj Singh. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment