SELEPAS premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam, hari ini laman blog kristian Malaysia sudah mula melenting dengan menulis satu surat terbuka di blog mereka.
Blog itu juga menghina Islam dengan menggunakan perkataan Assalamualaikum dalam permulaan surat terbuka berkenaan.
Menurut surat terbuka itu, laman blog christianunited4malaysia.blogspot.com menyuarakan rasa tidak puas hati dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Jais merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu semalam.
“Ini adalah perkara yang amat memalukan untuk berlaku di negara ini, Apakah Jais dan para ketuanya tidak malu akan perkara ini.
“Sekarang sudah terang bahawa orang Kristian di Malaysia yang tidak pernah bertindak melampau telah dianiaya oleh golongan jahat seperti Jais,” menurut surat itu.
Blog itu mempersoalkan kesalahan mereka sehingga tindakan sedemikian diambil.
“Apa salah kami sehingga diperlakukan begini? Adakah kami telah menculik, membunuh atau memaksa mana-mana manusia di muka bumi tuhan ini sehingga Jais begitu membenci kami?
“Adakah salah untuk kami berkongsi ilmu-ilmu yang terdapat di dalam kitab suci kami untuk panduan kita semua bersama?” katanya.
Di akhir surat berkenaan, blog itu sekali lagi melakukan provokasi ke atas umat Islam dengan konon-kononyna berdoa Allah dan para Malaikat akan menurunkan kebinasaan ke atas musuh-musuh mereka.
“Kami tetap akan berdoa dan kamu akan hancur jua,” kata surat berkenaan.
Pihak berkuasa seharusnya melakukan siasatan ke atas kebiadaban blog berkenaan yang sewenang-wenangnya menggunakan istilah yang terdapat dalam agama Islam untuk kepentingan agama mereka.
Dilihat mereka semakin agresif dalam memastikan ideologi kristian semakin disebarkan ke seluruh rakyat kerana wujudnya ratusan Bible berbahasa Melayu ketika serbuan berkenaan yang ditemui anggota Jais.
Bermulanya tahun 2014, Islam kelihatan seperti diasak bertalu-talu oleh Kristian terutama dalam isu penggunaan kalimah Allah apabila mereka enggan menuruti perintah mahkamah yang melarang sebarang penerbitan dari menggunakan kalimah suci melambangkan zat yang Maha Agung iaitu Allah.
Oleh : IBNU K
0 comments:
Post a Comment