Kumpulan boy band paling popular, One Direction ternyata bijak mengambil peluang sementara nama mereka masih lagi laku bak goreng pisang panas di pasaran.
Selepas mengeluarkan produk pewarna kuku dan minyak wangi jenama mereka sendiri, terbaharu lima anak muda ini mengeluarkan pula produk cermin mata yang turut menggunakan jenama yang sama.
Kumpulan yang dianggotai oleh Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne, Louis Tomlinson dan Zayn Malik ini bekerjasama dengan Vision Express mengeluarkan produk Exclusive One Direction Frames.
Cermin mata ini didatangkan dengan tujuh gaya berbeza dan direka khas untuk peminat mereka yang berusia enam hingga ke sebelas tahun.
Rekaan bingkai tersebut turut ditandatangani oleh setiap anggota One Direction dan boleh didapati pada harga £131 (RM710).
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment