Arab Saudi –Mahkamah di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan sebatan 80 kali ke atas seorang pengguna twitter di negara itu kerana menuduh seorang penyanyi pop di Kuwait, Shams sebagai tidak bermoral.
Lelaki itu, yang merupakan peminat kepada seorang lagi penyanyi Kuwait, Ahlam, didapati bersalah membuat fitnah tersebut tanpa sebarang bukti.
Shams dan Ahlam mempunyai hubungan yang tidak baik dalam industri hiburan Kuwait.
Pergaduhan antara dua penyanyi itu mendapat liputan meluas bukan sahaja di Kuwait malah di negara Arab lain.
Selain hukuman itu, lelaki tersebut juga didenda sebanyak $2,700.
Selain menuduh Shams berzina, dia turut memuat naik gambar palsu penyanyi itu, yang didakwa berkelakuan lucah.
Lelaki tersebut yang diikat jamin sejak Ogos lalu, kini akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.
Namun dia mungkin berdepan kesukaran kerana peguam Shams mengumumkan bahawa penyanyi itu akan membuat rayuan terhadap hukuman itu, yang disifatkan sebagai terlalu ringan.
Shams juga dijangka memulakan kes yang sama ke atas tiga peminat Ahlam dalam media sosial.
0 comments:
Post a Comment