Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

Nampaknya Lenovo akhirnya berkeputusan untuk berkembang dalam industri LTE. Syarikat tersebut baru-baru ini telah mengumumkan telefon pintar yang dikenali sebagai Vibe Z, peranti LTE pertama dari Lenovo yang akan dilancarkan di pasaran antarabangsa.

Vibe Z menampilkan skrin HD Penuh IPS 5.5 inci, pemproses quad-core Snapdragon 800 2.2GHz serta memori RAM 2GB.

Namun, yang menariknya tentang peranti ini adalah rekaan perkakasan yang telah dibuat oleh Lenovo. Vibe Z lengkap dengan perincian chasis nipis pada 7.9mm dan serta berat 147 gram; sebagai perbandingan, Galaxy Note 3 menampilkan skrin 5.7 inci dengan ketebalan 8.3mm serta berat 168 gram.

Antara spesifikasi lain yang terdapat pada Vibe Z termasuk memori dalaman 16GB, sistem operasi Android 4.3, kamera belakang 13MP serta kamera depan 5MP, fungsi 4G LTE dan NFC.

Bermula pada harga ASD549 (kira-kira RM1,800), peranti ini bakal menembusi pasaran Malaysia menjelang bulan Febuari tahun ini di samping negara lain seperti Indonesia, Thailand, Saudi Arabia, UAE dan Filipina.

Sumber: Engadget

0 comments:

Post a Comment