Bekas pemain Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, 41, telah dilantik sebagai pengurus baru kelab Cardiff City menggantikan Malky Mackay yang telah dipecat oleh pemilik kelab tersebut, Tan Sri Vincent Tan, minggu lepas.
Solskjaer yang berasal dari Norway telah bersara dan menggantung bot bolanya pada 2007 dan sejak itu dia menjadi ketua jurulatih bagi pasukan simpanan Manchester United selama dua setengah tahun.
Selepas itu, dia berpindah ke negara kelahirannya dan berjaya membimbing pasukan Molde menjuarai gelaran Liga Norway buat kali pertama.
Menurut laporan The Guardian, Solskjaer berhasrat menjadikan Cardiff City sebagai kelab yang menduduki 10 tangga teratas Liga Perdana Inggeris sebelum berakhirnya musim 2013-2014.
Penghijrahan Solskjaer dikatakan tidak dipersetujui Sir Alex Ferguson namun setelah meminta nasihat daripada beberapa rakannya, Solskjaer sudah membuat keputusannya untuk menyertai kelab milik billionaire dari Malaysia itu.
Selaku pengurus baru, Solskjaer telah mengikat kontrak selama setahun dengan kelab tersebut.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment