Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 10, 2014

No Comment

Seorang remaja Pakistan diangkat sebagai wira apabila meninggal dunia dengan mengorbankan diri demi menyelamatkan ribuan rakan lain di sekolah.

Aitzaz Hassan, 15, menerpa ke arah pengebom berani mati di luar pagar sekolahnya, Isnin lalu apabila melihat seorang lelaki bersedia untuk meletupkan sekolah tempatnya belajar.

Walaupun dihalang rakan-rakan, Aitzaz bertindak demikian bagi menghalang pengebom terbabit memasuki kawasan sekolah yang kemungkinan besar, boleh menyebabkan kematian lebih ramai pelajar.

Kejadian berlaku di Hangu, Pakistan di mana penduduk berfahaman Sunni dan Syiah bertelagah.

Bapa remaja terbabit, Mujahid Ali Bangash, 55, menyatakan kebanggaan keluarga mereka terhadap tindakan Aitzaz melebihi rasa sedih kerana kehilangannya.

- REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment