Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

Hajat seorang peminat cilik Taylor Swift tercapai apabila dia dapat berbual dengan penyanyi itu sebelum meninggal dunia.

Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu, Delaney ‘Laney’ Ann Brown yang menghidap Leukemia sebelum ini menyenaraikan beberapa hajatnya sebelum meninggal dunia.

Menerusi laporan Huffington Post, impiannya terlaksana apabila dapat berbual dengan Taylor menerusi aplikasi Facetime sehari sebelum perayaan Krismas.

Dan sehari selepas mendapat peluang berinteraksi dengan penyanyi pujaannya itu, Laney dilaporkan telah menemui ajal oleh ahli keluarganya.

Difahamkan, Taylor mengetahui hajat Laney itu menerusi Make-A-Wish Foundation yang mana merupakan sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab menunaikan impian seseorang pesakit sebelum mereka meninggal dunia.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment