KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan bahawa beliau sudah sihat sepenuhnya selepas hampir sebulan berehat selepas menjalani pembedahan pada 2 Disember lalu.
“Saya sebenarnya dah cukup sihat untuk jalankan tugas walaupun doktor memberi nasihat supaya berhati-hati. Semalam dah mula tugas secara rasmi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) di Dewan Trisakti, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera di sini, sebentar tadi.
Hishamuddin dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk menjalani prosedur angioplasti selepas mengalami masalah saluran arteri sempit yang menyebabkan beliau terpaksa berehat hampir sebulan. – BH Online
0 comments:
Post a Comment