Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 4, 2014

No Comment

Bila sekolah mula dibuka, secara automatik jalanraya bertambah sesak begitu juga pengangkutan awam.

Keadaan tambah parah setiap kali waktu puncak terutama semasa orang ramai pulang dari kerja.

Waktu itu semua orang dalam keadaan letih tapi walau macam mana letih sekalipun; orang tua, golongan cacat dan wanita mengandung pastilah lebih lagi letihnya.

Itulah sebabnya perkhidmatan awam menyediakan simbol khas pada tempat duduk bahawa keutamaan diberikan kepada golongan di atas.

Malangnya, pengguna komuter dalam gambar di atas boleh buat-buat tak nampak pula seorang wanita mengandung memerlukan tempat duduk. Akibatnya terpaksalah wanita mengandung tersebut duduk di lantai komuter.

Perbuatan yang dirakam oleh penumpang komuter ini kemudiannya disebarkan di laman sosial dan mendapat kecaman ramai. - REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment