PENYANYI Korea, Rain yang turut digelar sebagai ‘King Of K-Pop’ semalam melancarkan album pertamanya dalam masa empat tahun sebagai salah satu kemunculan kembali penyanyi itu setelah perlu menjalani perkhidmatan ketenteraan wajib.
Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon, melancarkan album keenamnya yang bertajuk “Rain Effect” secara online, dan juga secara muzik video untuk dua lagu bertajuk “30sexy” dan “La Song”.
Album berkenaan adalah yang pertama selepas beliau menamatkan perkhidmatan wajib tentera selama 21 bulan, sesuatu yang ditetapkan oleh kerajaan Korea Selatan untuk lelaki yang sempurna.
Beliau menamatkan perkhidmatan Julai tahun lepas. Rain yang sudah berusia 31 tahun mencipta sendiri lagu dan menulis lirik bagi album berkenaan.
Sebuah muzik video bagi lagu “30sexy” dimuatnaik ke laman YouTube semalam memperlihatkan Rain memakai baju kawasan pinggangnya tinggi sedikit dengan kasut bertumit menyanyikan lagu dengan diiringi melodi yang bercorak seperti hip hop.
“Sebelum ini saya menggunakan baju yang banyaknya terkoyak dengan mendedahkan badan saya, kali ni saya mengambil keputusan untuk menampilkan imej yang berbeza,” kata Rain.
Rain mempunyai jumlah peminat yang besar bukan hanya di Korea Selatan tetapi juga di seluruh Asia dan dunia.
Beliau juga sudah membintang beberapa penerbitan opera di negaranya dan juga Hollywood antaranya “Ninja Assassin” dan “Speed Racer” terbitan Wachowski Brothers.
Rain turut kembali berlakon apabila dia bakal membintangi filem bersama Jason Patric, John Cusack dan Bruce Willis dalam satu filem aksi bertajuk “The Prince”.
Populariti Rain terjejas di Korea Selatan selepas beliau didakwa melanggar beberapa peraturan dalam tentera.
Pada Januari 2013, Rain didenda ditahan di berek selama seminggu selepas dia didapati bersalah menyeludup keluar untuk bertemu dengan teman wanitanya.
0 comments:
Post a Comment