Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Permodalan BSN Berhad, anak syarikat Bank Simpanan Nasional hari ini mengumumkan dividen 2.6 sen bagi setiap unit Amanah Saham Bank Simpanan Nasional (ASBSN) bagi tahun berakhir 31 Disember 2013.

Dividen RM7.1 juta ini merangkumi keseluruhan jumlah pembayaran, kata Permodalan BSN dalam kenyataannya hari ini.

Katanya pemegang unit sehingga 31 Disember 2013 layak mendapat dividen tersebut.

Berpandukan pada harga pembukaan bagi tahun kewangan 2013, dividen ini bersamaan dengan hasil kasar iaitu 7.52 peratus.

Pemegang unit juga dinasihatkan supaya mengemas kini alamat terbaharu mereka melalui laman web Permodalan BSN, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment