KUALA LUMPUR – “Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan kempen `roadshow’ untuk memperkenalkan parti dan (idealogi) sosialisme kepada rakyat Malaysia. Selain itu, PSM juga hendak melihat sejauh mana `roadshow’ PSM kali ini akan diganggu oleh pihak polis atau pemerintah”.
Itu antara kenyataan Penyelaras Media Kempen PSM Berjuang Bersama Rakyat, Nalini E bagi mengulas kempen `roadshow’ anjuran parti itu di seluruh negara yang bermula kelmarin di Perak.
Beliau dalam pada itu mendakwa, `roadshow’ PSM di Perak mendapat sambutan hebat orang ramai dan mengakui parti itu mengambil kesempatan daripada kempen itu untuk memujuk mereka menyertai perhimpunan pada 1 Mei ini bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Pada hari pertama sahaja lebih 15,000 risalah dalam empat bahasa telah diedarkan di Perak. Ini memberi satu semangat kepada pasukan `roadshow’ ini untuk meneruskan lagi perjalanan ke destinasi kedua pada keesokan hari di Tanjung Malim, Kampar dan Tapah,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
SiakapKeli.com pada 22 Januari lalu melaporkan PSM mahu mengadakan kempen `roadshow’ di seluruh negara bermula 24 Januari ini bagi memberi penerangan tentang parti itu kepada orang ramai.
Pengerusi Nasionalnya, Dr. Nasir Hashim dipetik berkata, `roadshow’ itu akan bermula di Perak dan berakhir pada 23 Mac ini di Pulau Pinang.
“Kempen ini meliputi keseluruhan 11 negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Fasa kedua dan ketiga di Sabah dan Sarawak akan diadakan selepas kita menilai sambutan rakyat di Semenanjung Malaysia,” kata Nasir.
Nasir turut memaklumkan, `roadshow’ itu bertujuan meningkatkan profail PSM sebagai sebuah parti nasional di samping mengkikis tangapan negatif terhadap PSM seperti parti anti agama, anti perniagaan dan parti komunis.
0 comments:
Post a Comment