Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment
Anwar Ibrahim dikerumuni media selepas mengadakan sidang akhbar mengenai isu konsesus negara di Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Januari, 2014.
Selepas diserang bertalu-talu di media sosial berhubung keputusannya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau akan menjelajah kawasan tersebut bagi memberikan penerangan.

Anwar juga berkata beliau akan menjelaskan mengenai keputusan dan strategi seterusnya dalam menjadikan kerusi DUN Kajang bagi melonjak Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya.

"Ia antara strategi, kita halusi dan akan jelaskan di Kajang," kata Anwar dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"Kita perlu lonjakan sekarang."

Ketua Pembangkang itu mengakui keputusan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang sebagai batu loncatan ke Putrajaya, selepas gagal dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Anwar berkata, sekiranya menang di Kajang, misi pertamanya adalah untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri contoh dan kemudiannya menakluk Putrajaya.

"Dalam perbincangan awal, konsensusnya kita perlu bergerak dan meluaskan tahap pencapaian sebagai sebuah negeri bersederhana dan dilihat mampu menggunakan kepimpinan Pakatan secara keseluruhan sebagai batu loncatan untuk menakluk ke Putrajaya," katanya. – 29 Januari, 2014.

0 comments:

Post a Comment