Selepas sedar daripada koma selama seminggu, menjadikan ia satu permulaan kepada kehidupan pahit seorang pekerja kontrak di Singapura.
Ahammed Selim, warganegara Bangladesh terkejut apabila dia melihat sebahagian anggota badannya telah tiada.
“Saya sedar dan mendapati kaki saya sudah tiada. Ia merupakan satu kejutan dalam hidup saya, tapi doktor memberitahu saya ia (pembedahan) terpaksa dilakukan kerana kaki saya hancur,” jelas Ahammed ketika ditemui wartawan TNP di Hospital Ang Mo Kio-Thye Hua Kwan di sini.
Walaupun kemalangan di tapak pembinaan itu memberi tamparan yang besar dalam kehidupannya, namun bagi Ahammed ada perkara yang lebih membimbangkan dirinya.
“Siapa yang akan mengambil berat tentang keluarga saya?” tanya dia ketika duduk di atas katil hospital.
Ahammed, 30 berkata dia berhijrah ke Singapura pada Disember tahun lalu untuk menyara anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan, masing-masing tujuh dan tiga tahun serta pasangannya berusia 25 tahun seorang suri rumah.
Walaupun dia sering menghubungi ahli keluarganya, namun dia amat risau akan masa depan mereka sekeluarga.
“Macam mana keluarga saya nak menerima saya? Saya tidak mampu untuk bekerja lagi dan tiada siapa yang akan menanggung keluarga saya,” jelas Ahammed dalam nada sedih.
Ketika ditemui pemberita pada Khamis lalu, Ahammed masih sukar untuk menerima kejadian yang menimpa dirinya serta berasa trauma kerana dia melihat perkara tersebut tidak masuk akal.
Walaupun kadang kala dia masih kelihatan tersenyum, tetapi dalam lubuk hatinya timbul rasa sedih tatkala terpaksa menggunakan kerusi roda sebagai pengganti kakinya.
Semoga syarikat yang bertanggungjawab dapat memberi pampasan yang setimpal kepada Ahammed supaya dapat membantunya menampung kos perbelanjaan perubatan dan keluarganya.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: TNP
0 comments:
Post a Comment