Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 2, 2014

No Comment

Arsenal terus gah di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Cardiff City 2-0, malam tadi sambil terus diekori rapat Manchester City yang menang tipis 3-2 ke atas Swansea serta Chelsea yang membenam Southampton 3-0.

Dengan ketiga-tiga pasukan teratas itu berjaya meraih tiga mata penuh, Arsenal kekal teratas dengan 45 mata diikuti City 44 mata dan Chelsea 43 mata manakala Liverpool berjaya memintas Everton di tangga keempat dengan 39 mata selepas menundukkan Hull City 2-0.

Di Stadium Emirates, dua jaringan lewat Arsenal menerusi Nicklas Bendtner pada minit ke-88 dan Theo Walcott minit ke-90 memastikan skuad kendalian Arsene Wenger itu memperolehi tiga mata penting ke atas Cardiff.

Di Stadium Liberty pula, dua jaringan Swansea menerusi Wilfried Bony pada minit ke-45 dan 90 gagal mengimbangi kekuatan pelawat, City yang meledak tiga gol hasil jaringan Fernandinho (14), Yaya Toure (58) dan Aleksandar Kolarov (66) untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Di Stadium St Mary, Southampton gagal menyekat penguasaan pelawat apabila membenarkan Chelsea membolosi gawang mereka sebanyak tiga kali pada babak kedua menerusi Fernando Torres (60), Willian (71) dan Oscar (82).

Di Stadium Anfield, Liverpool bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut dengan mencatat kemenangan penting hasil sumbangan jaringan Daniel Agger minit ke-36 dan Luis Suarez minit ke-50.

Sementara itu, juara bertahan, Manchester United turun ke tangga ketujuh sambil dipintas Tottenham yang berjaya meraih kemenangan 2-1 di Stadium Old Trafford.

Tottenham selesa mendahului dua gol menerusi Emmanuel Adebayor minit ke-34 dan Christian Eriksen minit ke-66 sebelum United hanya mampu merapatkan kedudukan menerusi jaringan Danny Welbeck seminit selepas itu.

0 comments:

Post a Comment