Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 2, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Cuti bagi 700 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu masih dibekukan sehingga Februari ini.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Terengganu Rozizah Ibni Hajar berkata langkah itu bagi memastikan tugas membantu dan menyelamat mangsa bencana dapat dilaksanakan dengan kekuatan anggota sedia ada.

Beliau berkata jabatannya sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dan seluruh kekuatan anggota dan pegawainya akan dikerah sekiranya berlaku gelombang kedua banjir.

“Setakat ini kita sentiasa bersedia 24 jam sehari lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini sebagai langkah berjaga-jaga.

“Walaupun cuti masih dibekukan namun kami tetap memberi kelonggaran kepada anggota jika berlaku kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan,” katanya kepada Bernama.

Rozizah berkata bagi menghadapi gelombang seterusnya, jabatannya telah memperkemas segala kelengkapan dan logistik termasuk 40 buah bot sebagai persediaan operasi menyelamat.

Katanya semua kenderaan yang digunakan dalam operasi banjir sebelum ini diselenggara dengan baik agar dapat digunakan sebaik bencana melanda.

Beliau juga mengingatkan orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa.

“Kita harap mereka dapat mematuhi arahan pihak berkuasa jika diminta berpindah bagi menggelakkan insiden yang tidak diingini,” katanya. -BERNAMA

0 comments:

Post a Comment