BLOG penganut kristian di negara ini hari ini dilihat menghina bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kenyataannya berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganutnya.
Semalam SiakapKeli.com menulis laporan berkaitan kenyataan itu yang menyebut ‘Kristian Tidak Terjejas Jika Tidak Guna Kalimah Allah.
Antara lain Dr Mahathir berkata selama ini tidak timbul isu penggunaan kalimah Allah di semenanjung kerana mereka memang tersedia tidak menggunakan kalimah itu melainkan mereka di Sabah dan Sarawak sahaja.
“Selama ini, kita tak pernah berbalah tentang perkara ini kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah itu, jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain, tidak menggunakan kalimah ‘Allah’, tidak akan memudaratkan mereka,” katanya.
Hari ni di laman blog christianunited4malaysia.blogspot.com menggunakan gambar bekas Perdana Menteri itu sedang menunaikan solat beserta kata-kata menghina beliau dan agama Islam di bawahnya.
“No Matter How Much You Pray Dear Dr Mahathir, God will not be by your side. A tyrant like you will only be loved by the Devil himself (Tidak kira berapa banyak kali anda Solat wahai Dr Mahathir, Tuhan tidak akan berada di pihak anda, Seorang yang kejam seperti anda hanya boleh disayangi oleh syaitan),” menurut kata-kata itu.
Jelas sesetengah penganut Kristian berniat jahat dalam isu penggunaan kalimah Allah dan mungkin bertujuan untuk mempengaruhi orang Melayu beragama Islam untuk menyertai Kristian.
Penghinaan yang dibuat ke atas Dr Mahathir secara terang-terangan memperlekehkan kredibiliti pemimpin paling lama mentadbir negara sebagai Perdana Menteri itu.
Oleh : IBNU K
0 comments:
Post a Comment