SINGAPURA - Kerajaan Singapura akan memperkenalkan rang undang-undang bagi menguatkuasakan undang-undang sementara untuk memberi kuasa kepada polis untuk terus mengambil langkah terancang bagi memelihara keamanan dan ketenteraman awam di Little India selepas rusuhan.
Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean berkata, undang-undang baharu itu akan membolehkan polis dan agensi lain menguatkuasakan sekatan alkohol dan mengawal selia pergerakan orang.
Berucap di Parlimen semalam, Chee Hean yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional dan Menteri Dalam Negeri berkata: "Rang undang-undang itu mengsyorkan undang-undang baru itu sah untuk setahun."
"Ini akan memberi masa yang cukup bagi Kementerian saya menguatkuasakan perundangan jangka panjang untuk mengambil kira hasil siasatan dan perakuan Jawatankuasa Siasatan (COI), dan perakuan yang terhasil daripada perbincangan awam mengenai semakan peratuaran pelesenan minuman keras.
Rusuhan berlaku di Little India pada 8 Disember 2013, berikutan kemalangan jalan raya melibatkan seorang warga India maut.
Dua puluh kenderaan rosak, lima daripadanya musnah dibakar.
Tujuh lagi kenderaan persendirian musnah, sementara 49 pegawai keselamatan cedera. - Bernama
0 comments:
Post a Comment