Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran rawatan percuma oleh syarikat kecantikan dan jagaan diri yang semakin berleluasa sekarang.

Ini kerana kata Timbalan Presidennya Muhammad Sha’ani Abdullah, Fomca menerima banyak aduan daripada pengguna yang mendakwa mereka dipaksa oleh syarikat terbabit untuk membeli pakej rawatan yang mahal.

“Ada yang pergi untuk mencuba sahaja menerusi rawatan percuma yang ditawarkan, tetapi dia akhirnya diperdaya membeli pakej sampai RM15,000,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya Fomca mendapati kegiatan tidak beretika itu turut membabitkan syarikat berjenama antarabangsa meliputi pelbagai rawatan diri seperti kulit, rambut dan pelansingan badan.

“Pengguna yang terpedaya dengn tawaran rawatan percuma ini lazimnya akan dipaksa membeli pakej rawatan,” katanya.

Muhammad Sha’ani berkata untuk tempoh 2011, pihaknya menerima 2,470 aduan membabitkan penipuan oleh pengusaha syarikat kecantikan dengan tuntutan bernilai lebih RM1.7 juta.

Jumlah aduan yang diterima itu meningkat 44.7 peratus berbanding 1,706 aduan pada 2010, katanya menambah lebih 52 peratus aduan adalah berkenaan prosedur perniagaan tidak beretika.

Ini membabitkan kegagalan pihak syarikat membayar balik wang kepada pengguna yang tidak berpuas hati, caj tersembunyi dan iklan yang mengelirukan, katanya.

Mengulas isu lain, Muhammad Sha’ani berkata Fomca menyarankan kerajaan memperluas bidang kuasa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) agar lebih sistematik dan terperinci sebagai badan pemantau harga barangan atau perkhidmatan di negara ini.

Katanya MyCC perlu dilihat mampu memainkan peranan dengan lebih berkesan dan tegas dalam mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bagi memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga.

“Langkah memperluas bidang kuasa mengkaji dan memantau ini secara tidak langsung akan memudahkan MyCC memberi panduan, arahan asas atau prinsip dalam menentukan sesuatu harga barang kepada semua peniaga,” katanya.

MyCC adalah badan bebas di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 bagi menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 khusus untuk melindungi proses persaingan demi kepentingan perniagaan, pengguna dan ekonomi negara. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment