Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 11, 2013

No Comment
Antara warga asing yang berjaya ditahan Imigresen.

KLANG – Walaupun sudah digari, dua lelaki warga asing nekad melarikan diri selepas diserbu di perhentian bas Bandar Klang, sini, kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan mereka hanya sia-sia apabila berjaya ditahan semula anggota Imigresen Selangor dalam Ops 6P yang dijalankan di dua lokasi sekitar Klang dengan bantuan Rela dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, pihaknya menjalankan operasi di lokasi tersebut hasil risikan dan maklumat orang awam.

“Kita memeriksa seramai 450 warga asing dan berjaya menahan 110 daripada mereka,” katanya.

Menurutnya, mereka yang ditahan ialah 71 warga Indonesia, Bangladesh (12), Nepal (12), Myanmar (8), Sri Lanka (3) Filipina (2), Pakistan (1) serta Kemboja (1) dan masing-masing berumur dalam lingkungan 16 hingga 51 tahun.

Beliau berkata, semua ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.

“Mereka akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002),” katanya

0 comments:

Post a Comment