Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, September 20, 2013

No Comment

Ini adalah sebuah klip dari rakaman kamera video tertutup (CCTV) yang telah disiarkan kembali oleh sebuah stesyen televisyen tempatan.

Menurut penjelasan di Youtube, kejadian dikatakan berlaku Selasa lalu (17 September) dan melibatkan dua individu yang disyaki Pegawai Kesihatan yang datang membuat pemeriksaan berkaitan pembiakan nyamuk aedes di kawasan industri Bahau, Negeri Sembilan.

Kalau dilihat kepada rakaman di bawah, pada saat ke 6 video itu, memang kelihatan tangan wanita itu seperti memasukan sesuatu ke dalam tangki yang ada.

Mengikut pemilik kedai berkenaan, wanita itu telah memasukan jentik-jentik.

Mungkin kedua pegawai berkenaan telah meminta duit kopi untuk mengelakkan diri daripada mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis berkenaan.

Perkara ini perlu disiasat secara rapi dan mendalam serta tindakan tegas perlu diambil jika benar kedua pegawai berkenaan bertindak seperti itu.

Ia umpama harapkan pagar, pagar makan padi.


TERKINI: Pegawai Bubuh Jentik-Jentik Digantung Tugas

(Petikan Berita Harian Online)

Bahau: Dua kakitangan Jabatan Kesihatan negeri digantung tugas kerana didakwa memasukkan jentik-jentik ke dalam tangki takungan air di sebuah bengkel kereta di sini, untuk meminta sogokan daripada pemilik premis terbabit.

Tindakan dua kakitangan terbabit, masing-masing lelaki dan wanita, terbongkar selepas perbuatan mereka kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) premis itu.

Pemilik bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, mendakwa seorang pekerja menghubunginya memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan menemui jentik-jentik di dalam tangki air ketika membuat pemeriksaan.

Kerap ganti air

“Saya hairan bagaimana jentik-jentik boleh ada kerana kami menggantikan air tangki itu dua hari sekali.

“Lebih mengejutkan, mereka meminta ‘duit kopi’ RM50 untuk mengelakkan saya dikompaun RM500,” katanya di sini, semalam.

Katanya, beliau kemudian memeriksa rakaman CCTV dan terkejut apabila melihat kakitangan wanita itu memasukkan sesuatu ke dalam tangki berkenaan, seterusnya membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Jempol.


0 comments:

Post a Comment