Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyelar tindakan beberapa buah bank menyaman dan membuat tuntutan ke atas pembeli lima projek perumahan terbengkalai di Selangor.

Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abdul Kareem Siad Khadaied berkata, lima projek perumahan itu adalah Taman Indra Jaya dan Desa Harmoni di Kuala Langat, Desa Meranti di Sepang dan Pangsapuri Indah Heights di Klang.

“Melalui kajian kami, dalam semua projek tersebut wujud akujanji yang diberikan oleh pemaju perumahan dan peguam cara pinjaman kepada pihak bank.

“Antara kandungannya memberi jaminan jika ojek terbengkalai, pemaju perumahan akan membayar kembali segala wang yang telah dikeluarkan dan dibayar oleh bank kembali kepada mereka. Namun pengguna pula disaman dan menerima surat tuntutan daripada bank tanpa sebarang tindakan diambil ke atas pemaju perumahan atau peguam cara pinjaman terbabit,” dakwanya.

Beliau membuat dakwaan itu melalui satu surat rasmi kepada Jabatan Pengguna dan Amalan Pasaran Bank Negara Malaysia (BNM) seperti yang disiarkan oleh PPIM hari ini.

Justeru, Sheikh Abdul Kareem mempersoalkan tanggungjawab bank dalam menguatkuasakan akujanji yang diberikan oleh pemaju perumahan dan peguam cara pinjaman terbabit apabila projek perumahan terbengkalai.

Dakwanya, ketidakpatuhan ke atas akujanji itu melanggar syarat kontrak dan tidak berperikemanusiaan kerana akujanji itu sepatutnya dikuatkuasakan secara automatik apabila projek terbengkalai.

Tambahnya, pihak bank sepatutnya membuat tuntutan terhadap pemaju perumahan dan peguam cara pinjaman perumahan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuntutan atau memfailkan sama ke atas pembeli.

0 comments:

Post a Comment