Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 20, 2014

No Comment

Hobi dan kegemaran juruterbang MH370, Kapten Zaharie terhadap simulator penerbangan membuatkan dia berkongsi gambar dan pengalamannya di forum X-sim.

Susulan itu sebuah laman web, sharelor.net telah menghubungi moderator forum ini iaitu Thanos Kontogiannis untuk bertanyakan pendapatnya tentang Kapten Zaharie. Difahamkan, mereka telah berhubung menerusi beratus-ratus emel selama ini.

Berikut adalah pandangan peribadi Thanos terhadap Kapten Zaharie:

“I believe a terrorist wouldn’t be quite as open as Captain Zaharie with his love and passion for flight simulations. Many commercial airline pilots from all over the world contact me for help in adding motion to their home made simulators that share the same interest as Captain Zaharie. I don’t see that as a “threat”, I see that as “for the love of flying.” Let me point out one thing, race car drivers have motion simulators in their homes as well. Will they be deemed terrorists too?” (Saya percaya kalau Kapten Zaharie ini puak pengganas dia tak akan begitu terbuka tentang minatnya terhadap simulasi penerbangan. Ramai lagi juruterbang komersial dari seluruh dunia yang menghubungi saya untuk dapatkan bantuan membina simulator di rumah mereka seperti Kapten Zaharie. Saya tak lihat ini satu “ancaman” tapi “cinta terhadap dunia penerbangan”. Pelumba kereta pun ramai yang mempunyai simulator sendiri di rumah, adakah mereka juga boleh dikira pengganas?)

Menurut Thanos, Kapten Zaharie mula menghubunginya sejak Disember 2012 memberitahu bahawa dia mahu membina simulator penerbangan di rumah dan memerlukan bantuannya. Sejak itu mereka sering berutus emel.

Di bawah merupakan sebahagian daripada salinan emel berkenaan:









Apa yang menarik, terdapat satu perbualan Facebook antara Kapten Zaharie dengan rakannya yang boleh dikatakan mempunyai ironi dengan apa yang berlaku sekarang.


Dalam perbualan tersebut, Kapten Zaharie mengakui dia seorang yang obses terhadap dunia penerbangan hingga tahap ‘ekstremis’.

Apa pun, hingga sekarang siasatan dan usaha mencari pesawat MH370 masih giat dijalankan dengan mengambil kira pelbagai faktor.

Didoakan semoga misteri mengapa pesawat MH370 melencong dari laluan asal dan terus ghaib sampai sekarang akan segera selesai sekaligus dapat menjawab aneka spekulasi yang bergulir di media tempatan, antarabangsa mahu pun alam siber.

- REM RAMZI

Sumber: sharelor.net

0 comments:

Post a Comment