Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 20, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Malindo Air, syarikat penerbangan hibrid Malaysia, memulakan perkhidmatan pejabat penjualan tiketnya di Kuala Lumpur pada minggu lepas untuk kemudahan warga bandar raya.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata pembukaan pejabat berkenaan seiring dengan rancangan pengembangan syarikat dari segi penjualan tiket di seluruh negara serta serantau.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata keputusan untuk membuka pejabat penjualan tiket di Kuala Lumpur itu berikutan permintaan daripada mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan dan warga bandar raya.

“Pejabat berkenaan akan memudahkan penumpang kami membeli tiket di bandar raya yang sibuk,” katanya.

Malindo Air akan membuka lebih banyak pejabat penjualan tiket di lapangan terbang pada masa depan bagi memperluaskan capaian pasaran.

Pejabat jualan tiket itu terletak di tingkat bawah, 2 Lorong Medan Tuanku 1, Off Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan dibuka mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari biasa manakala 9 pagi hingga 4 petang pada hujung minggu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment