Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 20, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – MCA mahu mengemukakan senarai calon yang dipilih oleh parti itu bagi menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diwujudkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, MCA mahu mencadangkan calon kerana kewujudan JPP yang dapat meningkatkan hubungan dan kerjasama antara kerajaan khususnya PBT serta agensi persekutuan dengan rakyat.

“MCA menyokong penuh pelaksanaan JPP oleh KPKT yang akan bermula pada Mei ini bagi menangani isu-isu perbandaran yang semakin kompleks dan mencabar.

“Saya akan mencadangkan calon untuk dipertimbangkan sebagai pengerusi JPP. Mereka ini terdiri daripada golongan professional dan anggota komuniti yang muda dan aktif yang berumur tidak melebihi 40 tahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tiong Lai berkata, kewujudan JPP juga amat sesuai dengan transformasi dalam parti MCA dan ia akan berfungsi dengan berkesan sebagai salah satu penghubung antara rakyat dan kerajaan Persekutuan.

Media pada 4 Mac lalu melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai memaklumkan, JPP dalam kawasan PBT akan mula beroperasi Mei ini sebagai satu inisiatif transformasi pengurusan bandar.

Majlis Negara Kerajaan Tempatan bersetuju menubuhkan JPP di seluruh negara kecuali tiga PBT di Wilayah Persekutuan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan kerana struktur yang serupa dikenali Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar telah ditubuhkan di tiga PBT itu.

Menurut Muhyiddin, JPP itu akan dianggotai seramai 10 orang iaitu seorang pengerusi, setiausaha dan lapan ahli jawatankuasa yang akan dibayar elaun bulanan mengikut penarafan PBT.

0 comments:

Post a Comment