Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 20, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan Persembahan Muzik Bulanan – ‘Sayangi Kuala Lumpur’ di Taman Tasik Titiwangsa di sini pada 23 Mac ini.

Pengurus Perancangan Korporatnya, Dr. Ismail Stapa berkata, program tersebut akan berlangsung dari pukul 5 petang hingga 7 malam.

“Penganjuran program ini bertujuan menarik serta mempromosi taman-taman rekreasi kepada pelancong asing.

“Ia juga bertujuan memberi hiburan percuma kepada warga kota bersama artis-artis tempatan secara ‘live’,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Ismail berkata, antara artis yang akan menjayakan persembahan itu ialah Othman Hamzah dan Bella (Bukan Sekadar Rupa).

Turut membuat persembahan Gordon Lee @ Englebert Humperdinck Malaysia, Sheeda (dangdut), Kumpulan Junction dan Kombo DBKL.

Justeru, orang ramai dijemput hadir program tersebut dan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik turut diadakan.

0 comments:

Post a Comment