Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 9, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kesatuan Eropah (EU) hari ini memberi penghormatan kepada Orang Asal bagi menghargai sumbangan besar tradisi dan budaya mereka terhadap kekayaan warisan budaya dunia.

Dalam kenyataan bersempena sambutan antarabangsa Hari Orang Asal Sedunia, jurucakap EU berkata hak Orang Asal, seperti yang termaktub dalam Deklarasi mengenai Hak Orang Asal Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDRIP), membentuk sebahagian penting daripada dasar hak asasi manusia EU.

Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) disambut pada 9 Ogos setiap tahun bagi meningkatkan dan melindungi hak Orang Asal di seluruh dunia.

Menurut jurucakap itu, EU amat menyedari kepentingan menjayakan Persidangan Sedunia mengenai Orang Asal (WCIP) pada September tahun ini.

“Kami terus melibatkan diri dalam perbincangan mengenainya dan kami menyokong penyertaan anggota delegasi Orang Asal bagi tujuan menterjemahkan UNDRIP kepada tindakan serta perubahan konkrit di lapangan.

“Kami juga menyedari peri pentingnya penglibatan Orang Asal dalam usaha memberi penjelasan tentang agenda pembangunan pasca 2015,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Delegasi EU di Malaysia.

Beliau berkata EU sering menyuarakan tentang hak Orang Asal di mana perlu melalui hubungannya dengan negara ketiga dan pertubuhan serantau serta pada forum pelbagai hala seperti PBB, Pertubuhan Negara Amerika dan Kesatuan Afrika.

EU juga memberi sokongan kewangan kepada projek masyarakat sivil, anggota perwakilan Orang Asal dalam badan PBB dan kegiatan berkaitan mereka yang dilaksanakan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment