Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berada pada kedudukan yang baik untuk mengutip cukai bernilai RM140 bilion tahun ini, peningkatan sebanyak 8.5 peratus berbanding 2013.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata setakat ini tahun ini, kutipan cukai sudah melepasi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Percukaian Kebangsaan 2014 di sini hari ini.

Tahun lepas, LHDN mengutip cukai bernilai RM129 bilion berbanding RM125 bilion pada 2012 dan RM110 bilion pada 2011.

“Berdasarkan rekod cemerlang ini, saya yakin sepenuhnya bahawa masanya sudah tiba untuk LHDN menjadi badan autonomi dari segi sara diri dan tadbir urus sendiri, terutama bersabit sumber manusia dan pengurusan kewangan,” katanya.

Mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015, Ahmad Husni berkata cukai itu diperlukan untuk menyediakan kemudahan berkualiti kepada rakyat.

Walaupun cukai merupakan hasil terbesar khazanah negara, GST akan meluaskan dan menstabilkan lagi asas hasil, katanya.

Regim percukaian baharu itu katanya akan membantu meningkatkan Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment