Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 22, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Sebanyak 151 kes denggi dilaporkan dalam tempoh 1 Jan hingga 18 Jan tahun ini berbanding 52 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 190 peratus atau 99 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, sebanyak dua kematian denggi dilaporkan sehingga 18 Jan tahun ini berbanding tiada kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Satu kematian dilaporkan dari Kampung Batak, Relau dan satu lagi dari Halaman Inderawasih, Seberang Perai Tengah,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Lailanor Ibrahim dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat tujuh lokaliti wabak dilaporkan di negeri ini iaitu enam lokaliti di daerah Timur Laut dan satu di Seberang Perai Tengah.

Dr Lailanor berkata Jabatan Kesihatan menggesa masyarakat mengambil tindakan bagi mengurangkan penularan penyakit denggi memandangkan terdapat peningkatan ketara sejak kebelakangan ini.

Masyarakat harus melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar rumah masing-masing bagi mengenal pasti dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Selain itu, masyarakat juga harus menjalankan gotong-royong di kawasan perumahan bagi menghapuskan tempat berpotensi pembiakan Aedes dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital apabila mengalami deman dan tanda penyakit denggi seperti sakit badan/sendi, muntah, ruam dan kurang selera makan.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment